Saturday, September 6, 2008

Kegemaran Saya

Kegemaran Saya


Kegemaran saya ialah bermain badminton. Saya gemar bermain badminton sejak kecil lagi. Saya selalu bermain badminton dengan kedua-dua abang saya. Kami tidak akan berasa sedih kalau kami kalah kerana semua permainan mesti ada yang menang dan ada yang kalah. Lagipun, ini cuma permainan sahaja bukan pertandingan. Walaupun saya menang saya tidak akan berasa sangat gembira kerana pada pendapat saya ini cuma latihan untuk saya. Saya juga ingin menjadi macam Ronald Susilo.

Kegemaran saya lagi satu ialah mendengar muzik. Saya ingin berjumpa penyanyi yang bernama ' Jonas Brother'. Ada tiga orang yang membuat nama 'Jonas Brother'. Mereka adalah adik-beradik yang asyik sibuk menulis lirik. Adiknya adalah seorang yang suka menulis lirik dan menyanyi lagu yang saya gemar sekali. Adik mereka sangat comel sampaikan ibunya mencubit pipinya.

Pembaca ingin hendak tahu nama mereka? Teruskan membaca blog saya.

Adik yang paling kecil bernama ' Nick Jonas' , abang keduanya bernama ' Joe Jonas' dan lagi satu yang paling tua bernama ' Kevin Jonas'. Saya akan berceritakan kepada pembaca siapakah mereka. 'Nick Jonas' adalah penyanyi, menulis lirik dan lagi satu ialah dia suka bermain gitar. 'Joe Jonas' adalah ahli ketua dalam kumpulan itu dan dia juga adalah seorang penyanyi. 'Kevin Jonas' adalah seorang yang suka bermain gitar dan tidak pernah menyanyi. Saya suka mendengar lagu mereka kerana mereka menyanyi sangat merdu untuk saya. Saya juga ingin membeli 'Nick Jonas' punya gitar. Saya ingin menjadi seorang penyanyi seperti mereka. Itulah kegemaran saya. Saya harap yang pembaca suka cerita saya.